Oops! Sorry!!


This site doesn't support Internet Explorer. Please use a modern browser like Chrome, Firefox or Edge.

logo
Daftar Sekarang
National Disciple-maker Conference 2022  
(Konferensi Pemuridan 2022)

*Untuk Kristian sahaja

"Dalam era pasca pandemik ini, adakah kita masih boleh menjadi terang bagi dunia? Anda boleh menyimpan terang itu di bawah katil dan menjalani kehidupan seperti yang anda inginkan. Anda juga boleh memilih untuk berdiam diri dan terus mengasingkan diri. Namun, ada pilihan lain untuk anda! Gereja adalah rancangan Tuhan; apa yang saya perhatikan dalam Alkitab ialah, kehidupan orang Kristian tidak pernah direka untuk menjadi suatu pertunjukan, kehidupan orang Kristian juga tidak pernah dicipta untuk menjadi "Lone Ranger". Tuhan menghantar Roh Kudus untuk membantu kita memahami Firman Tuhan, mengalami kasih-Nya dan menjalani kehidupan yang Kudus. Tuhan menciptakan gereja (komuniti) supaya kita boleh mempelajari Firman Tuhan bersama-sama, mengalami Dia bersama-sama dan membiarkan Dia mengubah hidup kita. Sehingga satu tahap, kita boleh bersatu dalam Yesus Kristus dan membawa terang ke dalam dunia.Mari sertai konferensi ini bersama-sama bagi mengetahui bagaimana kita boleh mengikuti Yesus dalam era selepas pandemik ini. Jangan matikan sinar terang anda, sertai kami! Dan anda akan melihat apa yang Tuhan mahu anda lakukan di Malaysia!"

Joseph Yu

Penyelaras NDC 2022

Apa itu NDC?

Konferensi " Disciple-maker" (NDC) merupakan konferensi tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia Campus Crusade for Christ bagi mengumpulkan orang-orang percaya di seluruh Malaysia agar dapat menangkap hati Tuhan serta misi-Nya untuk kita.Selain itu,untuk membangun satu sama lain dalam perjalanan iman kita serta dapat diperlengkapi sebagai murid Kristus yang berbuah.

Trek Wilayah

Sila pilih berdasarkan negeri yang anda ingin menyertai.

Hubungi kami

untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami secara terus sama ada melalui laman Facebook atau WhatsApp yang tertera di bawah:

WhatsApp QR

MCCC merupakan sebuah organisasi misi antarabangsa dengan panggilan untuk membantu mengenapi Amanat Agung Tuhan yang menjurus kepada memenangkan, membina dan mengutus murid-murid pelipatganda rohani yang berpusatkan Kristus dalam kuasa Roh Kudus serta membantu tubuh Kristus melakukan penginjilan dan pemuridan. Visi kami adalah untuk melihat gerakan rohani ada di mana-mana supaya semua orang dapat mengenali serta mengetahui seseorang yang sungguh-sungguh mengikuti Yesus.

© 2022 Malaysia Campus Crusade for Christ. All Rights Reserved.